Sunday, August 21, 2011

BAJET BELANJA KAHWIN:)


Adakah kini anda sedang di alam percintaan? Dan.. sudah tidak ter"TAHAN-TAHAN" untuk mendirikan rumahtangga bersama kekasih anda? Tetapi.. disebabkan kos sara hidup yang agak tinggi pada masa kini, ditambah lagi dengan bebanan pelbagai hutang seperti PTPTN, kenderaan, kad kredit dan sebagainya, menyebabkan anda SUKAR mengumpul wang untuk perkahwinan anda!
Bakal mertua sudah bertanya, "Bila nak masuk meminang?".. telinga berasap asyik mendengar soalan yang sama diajukan berulang-ulang kali. Kalau ikutkan hati, sekarang juga anda nak kahwin. Tapi apakan daya.. duit simpanan belum cukup lagi.
Belanja perkahwinan zaman sekarang bukannya murah, duit hantaran sahaja sudah boleh mencecah hingga RM8,000, belum lagi campur dengan duit belanja kenduri? barang-barang hantaran? sewa pelamin? upah mak andam? jurgambar? kad jemputan? bunga telur? cincin kahwin? sewa kanopi? catering?.. argghhh!! pendek kata, kalau tak ada RM20,000 dalam tangan.. usahlah bermimpi nak kahwin.
Mari kita semak! Berapakah kos anggaran yang anda perlukan jika ingin mendirikan rumahtangga pada masa kini?
Bajet Belanja Kahwin
Pergh! Mana nak cari duit sebanyak itu? Itu belum campur lagi pakej honeymoon? sewa rumah serta barang-barang kelengkapan di dalam rumah selepas berkahwin nanti? MEMANG TERTEKAN!!!...
Jalan mudah?! Buat pinjaman bank!.. Tambah satu lagi hutang.. sekarang sudah ada..
  • Hutang Motorsikal
  • Hutang Kereta
  • Hutang PTPTN
  • Hutang Rumah
  • Hutang Mamak
  • Hutang Komputer
  • Hutang Koperasi
  • Hutang Kad Kredit
  • HUTANG KAHWIN?!

Berapa banyak hutang daaa?... Jikalau begini, jawapnya.. sampai ke tua, anda bekerja semata-mata hanya untuk membayar hutang sahaja. Terus-terang saya katakan, membuat pinjaman/hutang memang mudah! Ia boleh menyelesaikan masalah anda buat sementara waktu! Namun begitu, ia bukanlah suatu jalan penyelesaian yang bagus. Malahan, ia sebenarnya boleh membuatkan hidup anda lebih tertekan lagi.

tapi mari ikot tips di bawah!anda pasti akan merasai hidop berumahtangga tanpa memikirkan HUTANG!!
1. panggilan terlalu ramai (YB, Menteri Besar, YDP dll pon dijemput nak meriahkan majlis, tapi tak datang pon ) dah membazir kat sini dah, limitkan kepada saudara mara, sahabat handai dan org kampung/taman sahaja.
2. Upah fotographer yg mahal - (yg penting gambar je, jd upah le yg murah2, amik softcopy jer, hard copy print sendiri, custum & sticku album, editing, kulit majalah etc.. tak perlu pon ok.. dah dapat softcopy ,bila ada duit upah jer kat kedai)
3. Makan Beradap (takperlu pon takpe tak pon bagi jer pihak perempuan buat yg lelaki tak perlu)
4. kenduri - jimatkan budget dgn cara kenduri perempuan sekali dengan majlis akad.
5. persalinan - 2 helai dah cukup (sewa jer, jgn p buat plak, lepas kawen nanti sure tak pakai dah)
6. DJ/karaoke - tak perlu pon, org ramai datang kenduri nak jumpa sahabat, rakan dan saudara mara. takda masa nak dengar celoteh tu bising jer. gantikan dgn bacaan yassin, doa selamat dan marhaban jer (kalau kat kampung free jer, kalau bandar susah skit nak dpt yg free)
7. hiasan dalaman (bilik tidur) - perlu ke grand sangat, cukup2 ala kadar dah ler.
8. Cenderamata - paling membazir, skarang nie dah trend kot buat printing khas pada goodies yg diaorg bagi kepada org ramai dan kesudahannya benda tu ke tongsampah juga.. ikut jer org dulu2, bagi bunga telur dan kalau nak buat juga cenderamata khas, limitkkan jer kepada org tertentu sahaja.

dan daripada tu semua confirm korang dapat jumatkan sekurang2nya RM7K .. selamat mencuba..